REFLEKSI
TERHADAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN
i.
Murid-murid
dapat mengenal huruf dan mengeja dengan lebih baik.
ii.
Murid-
murid dapat mengenal pasti dan peka terhadap bunyi yang didengar daripada alat
bantuan mengajar .
iii. Dapat menguji sejauhmana tahap pembacaan dan
pemikiran murid- murid terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
iv. Pengetahuan minda murid-murid lebih terbuka
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.
REFLEKSI
Hasil pemerhatian kami
dalam menjalani program Kem Membaca di Sekolah Rendah Bandar Behrang 2020 yang
telah dilaksanakan dibawah kursus Keterampilan Membaca ini wajar dilaksanakan
kerana program ini memberi nilai yang positif kepada pelajar yang bakal
bergelar guru dan murid-murid di sekolah tersebut.Hal ini kerana, hasil
pembelajaran sepanjang sesi kem membaca berlangsung sedikit sebanyak membantu
murid-murid sekolah tersebut belajar cara untuk membaca dan menulis dengan
baik. Tambahan lagi, cara pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik
perhatian dan minat murid-murid tersebut untuk belajar dalam suasana yang
harmoni. Selain itu, kami sebagai peserta kursus Ketrampilan Membaca dapat
merasai pengalaman baru sebagai seorang guru apabila diberi satu tanggungjawab
sebagai guru walaupun sehari untuk mengajar adik-adik di SKBB 2020. Kami ingin
mengucapkan terima kasih dan sekalung ucapan tahniah kepada pihak yang
menganjur program kem membaca ini.
No comments:
Post a Comment