salji


widgeo.net

REFLEKSI

REFLEKSI TERHADAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN

i.          Murid-murid dapat mengenal huruf dan mengeja dengan lebih baik.
ii.        Murid- murid dapat mengenal pasti dan peka terhadap bunyi yang didengar daripada alat bantuan mengajar .
iii.      Dapat menguji sejauhmana tahap pembacaan dan pemikiran murid- murid terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
iv.      Pengetahuan minda murid-murid lebih terbuka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

REFLEKSI


Hasil pemerhatian kami dalam menjalani program Kem Membaca di Sekolah Rendah Bandar Behrang 2020 yang telah dilaksanakan dibawah kursus Keterampilan Membaca ini wajar dilaksanakan kerana program ini memberi nilai yang positif kepada pelajar yang bakal bergelar guru dan murid-murid di sekolah tersebut.Hal ini kerana, hasil pembelajaran sepanjang sesi kem membaca berlangsung sedikit sebanyak membantu murid-murid sekolah tersebut belajar cara untuk membaca dan menulis dengan baik. Tambahan lagi, cara pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik perhatian dan minat murid-murid tersebut untuk belajar dalam suasana yang harmoni. Selain itu, kami sebagai peserta kursus Ketrampilan Membaca dapat merasai pengalaman baru sebagai seorang guru apabila diberi satu tanggungjawab sebagai guru walaupun sehari untuk mengajar adik-adik di SKBB 2020. Kami ingin mengucapkan terima kasih dan sekalung ucapan tahniah kepada pihak yang menganjur program kem membaca ini. 

No comments:

Post a Comment