salji


widgeo.net

AKTIVITI SEPANJANG KEM

TENTATIF PROGRAM
Tarikh      : 25 April 2015
Masa        : 7.30pagi –  petang
Hari          : Sabtu


07:30  pagi      :Berkumpul dan bertolak ke SK Behrang

08:30  pagi    Ucapan penasihat Ucapan pengarah program.                                      

09:30  pagi      Aktiviti 1

10:30 pagi       Rehat

11:30  pagi       Aktiviti 2

1:30 petang     Makan tengah hari / Solat Zohor

2:30 petang     Aktiviti 3

4:30 petang     Majlis penutupan dan bertolak pulang ke UPSI.

                   


   Persediaan Aktiviti


Pemilihan kandungan yang hendak diajar.
            Pada 23hb April 2015 iaitu bersamaan dengan hari khamis, satu perjumpaan telah diadakan dengan tujuan untuk membincangkan dan menentukan aktiviti yang akan dijalankan pada hari Kem Membaca untuk program Keterampilan Membaca. Perjumpaan ini diadakan di kafe kampus baru di UPSI atas kebenaran Dr. Makmur selaku pensyarah bagi tugasan kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca ini.
            Antara intipati perjumpaan yang telah diadakan pada hari khamis tersebut, ahli kumpulan bagi tugasan ini telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti dengan membahagikan dengan beberapa sesi iaitu sebanyak tiga sesi. Hal ini telah dipersetujui oleh kesemua ahli kumpulan pada ketika itu. Tiga sesi tersebut diisi dengan beberapa aktiviti dan terdapat selingan diantaranya iaitu ‘energizer’ yang mana berfungsi sebagai proses merehatkan minda pelajar. Selain itu, kumpulan kami membuat keputusan untuk membahagikan para pelajar mengikut bilangan ahli fasi yang ada.

Sesi pertama dimulakan dengan penerangan taklimat daripada wakil ahli jawatan kuasa aktiviti tentang program yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta untuk melakukan aktiviti senaman si Tommy bersama fasilator. Para fasilator diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Murid-murid diminta untuk mencipta suatu sorakan semangat berpandukan tunjuk ajar fasilator. Setelah pemenang untuk acara itu diumumkan, murid-murid diminta untuk masuk ke kelas bersama para fasilator untuk memulakan aktiviti yang telah dirancang.
           Sesi kedua dimulakan dengan sesi perkenalan antara murid-murid di dalam kelas. Setelah itu, murid-murid diminta menyanyi beserta dengan gerakan berdasarkan lagu “Kalau Rasa Gembira” dan lagu “Pak Atam Ada Ladang” bersama fasilator. Seterusnya, para fasilator diminta untuk duduk bersama dengan murid masing-masing dan meminta mereka menulis dan melengkapkan huruf-huruf yang telah diberikan oleh fasilator. Sesi ini bertujuan untuk mengenal para pelajar yang kurang dari sudut bacaan. Hal ini demikian kerana pihak kumpulan kami telah diberi makluman bahawa para pelajar yang akan dinilai merupakan pelajar yang kurang tahu untuk membaca. Selepas sesi mengenal huruf, kumpulan kami akan menaikkan sedikit tahap pengetahuan pelajar dengan menyuruh mereka mengeja perkataan yang mempunyai tiga hingga lima suku kata. Sesi seterusnya pula kami bersetuju untuk melakukan aktiviti mengenal bunyi haiwan melalui suara haiwan yang dipasang menerusi laptop. Latihan ini bertujuan bagi memastikan para pelajar mengenal haiwan dan nama-nama haiwan tersebut. Selain itu, bunyi-bunyi haiwan ini digunakan bagi membuang rasa bosan dan sekaligus menarik minat para pelajar.

          Sesi ketiga pula kami mengadakan aktiviti membaca buku cerita. Aktiviti pada peringkat ini memerlukan pelajar membaca buku cerita yang telah disediakan oleh fasilator. Tugas fasilator ketika itu adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid dan memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk membaca dengan kaedah yang betul. Melalui aktiviti ini, murid-murid mampu meningkatkan kekuatan kemahiran membaca mereka dengan lebih baik lagi. Setelah itu, kami meneruskan sesi dengan meminta semua murid menulis barang-barang yang mereka lihat di persekitaran mereka. Para fasilator dikehendaki menyemak ejaan dan membantu mereka sekiranya murid-murid mengalami kesukaran untuk menulis perkataan tersebut. Setelah selesai aktiviti tersebut dijalankan, para fasilator mengedar kertas lukisan kepada murid-murid dan meminta mereka melukis dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

        Untuk aktiviti seterusnya, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk bermain ‘Bola Beracun’. Program ini akan berjalan dengan cara menyusun kerusi dalam bentuk bulatan dengan bilangan yang cukup untuk pelajar. Permainan ini dimulakan dengan pelajar memegang sebiji bola untuk diberikan pada kawan sebelah tempat duduk apabila muzik dimainkan nanti. Muzik akan dijaga oleh seorang fasi dan akan memastikan hanya pelajar yang belum kena dengan bola tersebut. Bola yang dipegang pada kali terakhir oleh pelajar saat muzik dihentikan akan dikenakan denda. Denda tersebut ialah disuruh untuk mengeja perkataan yang mempunyai suku kata yang panjang oleh fasi yang mendidik pelajar tersebut. Aktiviti ini bertujuan memastikan prestasi pelajar sentiasa meningkat dan mengalami penambahbaikan dari awal program sehinggalah habis. Sesi ini juga dilengkapkan hadiah penanda buku yang comel dengan tujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar tersebut untuk mendapatkannya disamping gula-gula dan makanan ringan yang lain. Sesi terakhir ialah aktiviti meniup belon. Para pelajar akan dikehendaki meniup belon yang akan disediakan oleh fasi dan menulis cita-cita pelajar tersebut diatasnya. Sesi ini menjadi sesi penutup bagi program pada hari tersebut.

GAMBAR (meeting)







                                        PEMBINAAN ALAT BANTUAN

AKTIVITI PERTAMA : Mengenal huruf




Fasilitator menggunakan kertas yang telah ditulis huruf A-Z sebagai alat bantuan mengajar. Tulisan ini fasilitator letakkan di atas meja dan menyuruh murid-murid menyusunnya dari huruf A-Z. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengetahui tentang kebolehan pelajar mengenal huruf-huruf tersebut. Setelah itu fasilitator memberikan perkataan secara lisan dan murid-murid perlu menulis perkataan tersebut dengan menggunakan alat bantuan tadi. Setelah murid-murid selesai menyusun huruf-huruf di atas meja tersebut, murid-murid ditugaskan untuk menulis di atas kertas. Setelah selesai menulis semua perkataan diberi, murid-murid akan dipanggil secara rawak untuk menulis diatas papan putih dengan bimbingan fasilitator.



AKTIVITI KEDUATeka Bunyi




Fasilitator menggunakan video untuk alat bantuan mengajar yang aktiviti kedua ini supaya pelajar lebih cepat memahami dan melatih mereka mendengar. Video ini mengandungi pelbagai jenis bunyi haiwan. Terdapat 10 bunyian haiwan iaitu lembu, anjing, kucing, gajah, burung, harimau, singa, kuda, ayam, monyet. Kemudian murid-murid akan meneka bunyi tersebut dan menulis nama haiwan di atas kertas.


AKTIVITI KETIGA : Bola Beracun







Fasilitator mencipta satu kertas berbentuk bulat sebagai alat bantuan mengajar ini untuk melakukan permainan bola beracun dalam aktiviti ketiga. Aktiviti ini bermula dengan fasilitator meminta murid-murid berada dalam satu bulatan. Kemudian, fasilitator memainkan muzik sambil bola kertas yang telah dibuat diberikan kepada rakan sebelah dan dilakukan secara berterusan sehingga muzik berhenti. Murid yang memegang bola kertas ketika muzik dihentikan akan diminta berada di tengah kemudian fasilitator bawah bimbingan murid tersebut akan memberikan satu perkataan untuk dieja oleh murid. Murid yang berjaya mengeja perkataan yang diberi dengan betul akan diberikan penanda buku sebagai kenangan.


Aktiviti Terakhir : Menulis Cita-Cita



Fasilitator memberi murid-murid belon sebagai alat mengajar. Murid-murid diminta untuk menulis nama dan cita-cita mereka diatas belon tersebut. Hal ini adalah untuk membina keyakinan dan semangat kepada mereka  untuk mengejar cita-cita yang mereka impikan. Cita-cita ini umpama sebiji belon, ianya nipis dan mudah pecah, kenyal dan juga boleh diubah-ubah. Tujuan fasilitator berbuat demikian supaya murid-murid meniup belon sebesar cita-cita mereka dan menjaga belon tersebut dengan sebaik mungkin.


                                                   RASIONAL AKTIVITI DIPILIH



Rasional aktiviti yang dilaksanakan dalam Kem Membaca di SK Bandar Behrang  2020 adalah untuk membantu murid-murid yang kurang mahir dalam membaca dengan pengisian pelbagai aktiviti.  Aktiviti pertama ialah mengenal huruf. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenal pasti kesemua murid dapat  mengenal huruf dengan baik. Dalam aktiviti ini juga kami dapat mengenal pasti murid yang dapat menulis dan mengeja perkataan dengan lancar dan terdapat juga sesetengah murid yang kurang lancar dalam menulis dan mengeja perkataan. Seterusnya, kami dapat mengenal pasti murid dapat mengenal suku kata dalam perkataan dengan baik.
                Aktiviti yang kedua ialah mengenal pasti bunyi haiwan. Dalam aktiviti ini kami menggunakan alat bantu mengajar iaitu audio. Melalui aktiviti ini, murid dapat mendengar bunyi dan mengenal pasti bunyi tersebut dengan betul. Seterusnya, mereka akan menulis nama haiwan yang telah didengar.
                Aktiviti ketiga ialah mari menyanyi. Seperti yang diketahui, pada peringkat umur kanak-kanak, mereka lebih tertarik dengan audio visual seperti video, lagu dan gambar. Lagu yang digunakan dalam aktiviti ketiga ini telah menarik minat murid sehingga mereka turut serta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
                Aktiviti keempat ialah permainan bola beracun. Dalam aktiviti ini, penglibatan murid dilihat sangat memberangsangkan apabila mereka bergerak aktif semasa permainan bola beracun dijalankan. Mereka cuba untuk merebut peluang untuk menjawab soalan yang ditujukan daripada fasilitator.
                Kesimpulannya, rasional daripada kesemua aktiviti yang dijalankan menjadikan murid-murid tersebut seronok untuk belajar. Selain itu,dalam aktiviti yang dilaksanakan juga dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dilaksanakan.



                       KEMAHIRAN YANG DILAKUKAN DALAM MODUL KEMAHIRAN




-          Teknik pembacaan seperti ini dapat dilihat melalui aktiviti yang kami jalankan pada sesi pertama iaitu aktiviti pertama. Aktiviti ini berlangsung dengan bahan pengajaran yang disediakan oleh kumpulan kami. Kami telah meyediakan buku cerita yang mempunyai suku kata yang berlainan warna agar mudah difahami dan disamping itu mereka juga akan mudah untu mengenal bahagian-bahagian suku kata bagi setiap perkataan. Selain itu, selesai sahaja pembacaan murid tersebut, kami akan menyanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka faham berkenaan buku cerita tersebut. dari sinilah kami akan dapat mengetahui sama ada murid tersebut dapat memahami sesebuah teks atau tidak.

Membaca lantang

-          Teknik pembacaan ini pula kami aplikasikan pada aktiviti kelima iaitu dalam aktiviti permainan tapi kami selitkan dengan pembelajaran. Aktiviti yang dimaksudkan ialah permainan bola beracun. Apabila bola tersebut sampai pada giliran seseorang murid apabila lagu dihentikan, murid tersebut akan diberikan sebuah perkataan dan mereka diminta untuk mengejanya secara lantang.

Membaca dengan panduan guru & berkongsi membaca

-          Kedua-dua teknik ini kami gabungkan dalam satu aktiviti yang sama di mana kumpulan kami telah menyediakan sebuah lagu dan mengkehendaki murid-murid untuk bersama-sama menyanyi.

Komunikasi kaedah-kaedah membaca


-          Teknik pembacaan ini pula kami aplikasikan dalam aktiviti dimana murid-murid tersebut akan diberi bermacam-macam jenis binatang dan mereka diminta untuk meneka apakah binatang yang berbunyi seperti yang telah dinyatakan. Setelah itu, kami akan menyuruh murid tersebut untuk mengeja perkataan yang telah mereka sebutkan tadi.

No comments:

Post a Comment