TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 25
April 2015
Masa :
7.30pagi – petang
Hari :
Sabtu
07:30 pagi :Berkumpul dan bertolak ke SK Behrang
08:30 pagi: Ucapan penasihat Ucapan pengarah program.
09:30 pagi Aktiviti 1
10:30 pagi Rehat
11:30 pagi Aktiviti 2
1:30 petang Makan tengah hari
/ Solat Zohor
2:30 petang Aktiviti 3
Pemilihan kandungan yang hendak diajar.
Pada
23hb April 2015 iaitu bersamaan dengan hari khamis, satu perjumpaan telah
diadakan dengan tujuan untuk membincangkan dan menentukan aktiviti yang akan
dijalankan pada hari Kem Membaca untuk program Keterampilan Membaca. Perjumpaan
ini diadakan di kafe kampus baru di UPSI atas kebenaran Dr. Makmur selaku
pensyarah bagi tugasan kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca ini.
Antara
intipati perjumpaan yang telah diadakan pada hari khamis tersebut, ahli
kumpulan bagi tugasan ini telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti dengan
membahagikan dengan beberapa sesi iaitu sebanyak tiga sesi. Hal ini telah
dipersetujui oleh kesemua ahli kumpulan pada ketika itu. Tiga sesi tersebut
diisi dengan beberapa aktiviti dan terdapat selingan diantaranya iaitu
‘energizer’ yang mana berfungsi sebagai proses merehatkan minda pelajar. Selain
itu, kumpulan kami membuat keputusan untuk membahagikan para pelajar mengikut
bilangan ahli fasi yang ada.
Sesi pertama dimulakan dengan penerangan taklimat
daripada wakil ahli jawatan kuasa aktiviti tentang program yang akan dilaksanakan
pada hari tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta untuk melakukan aktiviti senaman
si Tommy bersama fasilator. Para fasilator diminta untuk memperkenalkan diri
masing-masing. Murid-murid diminta untuk mencipta suatu sorakan semangat
berpandukan tunjuk ajar fasilator. Setelah pemenang untuk acara itu diumumkan,
murid-murid diminta untuk masuk ke kelas bersama para fasilator untuk memulakan
aktiviti yang telah dirancang.
Sesi kedua dimulakan dengan sesi perkenalan antara
murid-murid di dalam kelas. Setelah itu, murid-murid diminta menyanyi beserta
dengan gerakan berdasarkan lagu “Kalau Rasa Gembira” dan lagu “Pak Atam Ada
Ladang” bersama fasilator. Seterusnya, para fasilator diminta untuk duduk
bersama dengan murid masing-masing dan meminta mereka menulis dan melengkapkan
huruf-huruf yang telah diberikan oleh fasilator. Sesi ini bertujuan untuk mengenal
para pelajar yang kurang dari sudut bacaan. Hal ini demikian kerana pihak
kumpulan kami telah diberi makluman bahawa para pelajar yang akan dinilai
merupakan pelajar yang kurang tahu untuk membaca. Selepas sesi mengenal huruf,
kumpulan kami akan menaikkan sedikit tahap pengetahuan pelajar dengan menyuruh
mereka mengeja perkataan yang mempunyai tiga hingga lima suku kata. Sesi
seterusnya pula kami bersetuju untuk melakukan aktiviti mengenal bunyi haiwan
melalui suara haiwan yang dipasang menerusi laptop. Latihan ini bertujuan bagi
memastikan para pelajar mengenal haiwan dan nama-nama haiwan tersebut. Selain
itu, bunyi-bunyi haiwan ini digunakan bagi membuang rasa bosan dan sekaligus
menarik minat para pelajar.
Sesi ketiga pula kami mengadakan aktiviti membaca buku
cerita. Aktiviti pada peringkat ini memerlukan pelajar membaca buku cerita yang
telah disediakan oleh fasilator. Tugas fasilator ketika itu adalah untuk mengenalpasti
kelemahan murid-murid dan memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk membaca
dengan kaedah yang betul. Melalui aktiviti ini, murid-murid mampu meningkatkan
kekuatan kemahiran membaca mereka dengan lebih baik lagi. Setelah itu, kami
meneruskan sesi dengan meminta semua murid menulis barang-barang yang mereka
lihat di persekitaran mereka. Para fasilator dikehendaki menyemak ejaan dan
membantu mereka sekiranya murid-murid mengalami kesukaran untuk menulis
perkataan tersebut. Setelah selesai aktiviti tersebut dijalankan, para
fasilator mengedar kertas lukisan kepada murid-murid dan meminta mereka melukis
dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.
Untuk aktiviti seterusnya, kumpulan kami telah membuat
keputusan untuk bermain ‘Bola Beracun’. Program ini akan berjalan dengan cara
menyusun kerusi dalam bentuk bulatan dengan bilangan yang cukup untuk pelajar.
Permainan ini dimulakan dengan pelajar memegang sebiji bola untuk diberikan
pada kawan sebelah tempat duduk apabila muzik dimainkan nanti. Muzik akan
dijaga oleh seorang fasi dan akan memastikan hanya pelajar yang belum kena
dengan bola tersebut. Bola yang dipegang pada kali terakhir oleh pelajar saat
muzik dihentikan akan dikenakan denda. Denda tersebut ialah disuruh untuk
mengeja perkataan yang mempunyai suku kata yang panjang oleh fasi yang mendidik
pelajar tersebut. Aktiviti ini bertujuan memastikan prestasi pelajar sentiasa
meningkat dan mengalami penambahbaikan dari awal program sehinggalah habis. Sesi
ini juga dilengkapkan hadiah penanda buku yang comel dengan tujuan untuk
menarik minat pelajar-pelajar tersebut untuk mendapatkannya disamping gula-gula
dan makanan ringan yang lain. Sesi terakhir ialah aktiviti meniup belon. Para
pelajar akan dikehendaki meniup belon yang akan disediakan oleh fasi dan
menulis cita-cita pelajar tersebut diatasnya. Sesi ini menjadi sesi penutup
bagi program pada hari tersebut.
GAMBAR (meeting)
|
PEMBINAAN ALAT BANTUAN
Fasilitator menggunakan kertas yang telah ditulis huruf A-Z
sebagai alat bantuan mengajar. Tulisan ini fasilitator letakkan di atas meja
dan menyuruh murid-murid menyusunnya dari huruf A-Z. Tujuan aktiviti ini adalah
untuk mengetahui tentang kebolehan pelajar mengenal huruf-huruf tersebut.
Setelah itu fasilitator memberikan perkataan secara lisan dan murid-murid perlu
menulis perkataan tersebut dengan menggunakan alat bantuan tadi. Setelah murid-murid
selesai menyusun huruf-huruf di atas meja tersebut, murid-murid ditugaskan
untuk menulis di atas kertas. Setelah selesai menulis semua perkataan diberi, murid-murid
akan dipanggil secara rawak untuk menulis diatas papan putih dengan bimbingan fasilitator.
AKTIVITI KEDUA: Teka Bunyi
Fasilitator menggunakan video untuk alat bantuan mengajar yang aktiviti kedua ini supaya pelajar lebih cepat memahami dan melatih mereka mendengar. Video ini mengandungi pelbagai
jenis bunyi haiwan. Terdapat 10 bunyian haiwan iaitu lembu, anjing, kucing,
gajah, burung, harimau, singa, kuda, ayam, monyet. Kemudian murid-murid akan meneka
bunyi tersebut dan menulis nama haiwan di atas kertas.
Fasilitator mencipta satu kertas berbentuk bulat sebagai alat bantuan mengajar ini untuk melakukan permainan bola beracun dalam aktiviti ketiga. Aktiviti ini bermula dengan fasilitator meminta
murid-murid berada dalam satu bulatan. Kemudian, fasilitator memainkan muzik
sambil bola kertas yang telah dibuat diberikan kepada rakan sebelah dan
dilakukan secara berterusan sehingga muzik berhenti. Murid yang memegang bola
kertas ketika muzik dihentikan akan diminta berada di tengah kemudian
fasilitator bawah bimbingan murid tersebut akan memberikan satu perkataan untuk
dieja oleh murid. Murid yang berjaya mengeja perkataan yang diberi dengan betul
akan diberikan penanda buku sebagai kenangan.
Fasilitator memberi murid-murid belon sebagai alat mengajar.
Murid-murid diminta untuk menulis nama dan cita-cita mereka diatas belon
tersebut. Hal ini adalah untuk membina keyakinan dan semangat kepada
mereka untuk mengejar cita-cita yang
mereka impikan. Cita-cita ini umpama sebiji belon, ianya nipis dan mudah pecah,
kenyal dan juga boleh diubah-ubah. Tujuan fasilitator berbuat demikian supaya
murid-murid meniup belon sebesar cita-cita mereka dan menjaga belon tersebut
dengan sebaik mungkin.
RASIONAL AKTIVITI DIPILIH
Rasional aktiviti
yang dilaksanakan dalam Kem Membaca di SK Bandar Behrang 2020 adalah untuk membantu murid-murid yang
kurang mahir dalam membaca dengan pengisian pelbagai aktiviti. Aktiviti pertama ialah mengenal huruf.
Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenal pasti kesemua murid dapat mengenal huruf dengan baik. Dalam aktiviti
ini juga kami dapat mengenal pasti murid yang dapat menulis dan mengeja
perkataan dengan lancar dan terdapat juga sesetengah murid yang kurang lancar
dalam menulis dan mengeja perkataan. Seterusnya, kami dapat mengenal pasti
murid dapat mengenal suku kata dalam perkataan dengan baik.
Aktiviti yang kedua ialah
mengenal pasti bunyi haiwan. Dalam aktiviti ini kami menggunakan alat bantu
mengajar iaitu audio. Melalui aktiviti ini, murid dapat mendengar bunyi dan
mengenal pasti bunyi tersebut dengan betul. Seterusnya, mereka akan menulis
nama haiwan yang telah didengar.
Aktiviti ketiga ialah mari
menyanyi. Seperti yang diketahui, pada peringkat umur kanak-kanak, mereka lebih
tertarik dengan audio visual seperti video, lagu dan gambar. Lagu yang
digunakan dalam aktiviti ketiga ini telah menarik minat murid sehingga mereka
turut serta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
Aktiviti keempat ialah permainan
bola beracun. Dalam aktiviti ini, penglibatan murid dilihat sangat
memberangsangkan apabila mereka bergerak aktif semasa permainan bola beracun
dijalankan. Mereka cuba untuk merebut peluang untuk menjawab soalan yang
ditujukan daripada fasilitator.
Kesimpulannya, rasional daripada
kesemua aktiviti yang dijalankan menjadikan murid-murid tersebut seronok untuk
belajar. Selain itu,dalam aktiviti yang dilaksanakan juga dapat menerapkan
nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dilaksanakan.
KEMAHIRAN YANG DILAKUKAN DALAM MODUL KEMAHIRAN
Membaca secara berkoperatif
-
Teknik pembacaan seperti ini dapat dilihat
melalui aktiviti yang kami jalankan pada sesi pertama iaitu aktiviti pertama.
Aktiviti ini berlangsung dengan bahan pengajaran yang disediakan oleh kumpulan
kami. Kami telah meyediakan buku cerita yang mempunyai suku kata yang berlainan
warna agar mudah difahami dan disamping itu mereka juga akan mudah untu
mengenal bahagian-bahagian suku kata bagi setiap perkataan. Selain itu, selesai
sahaja pembacaan murid tersebut, kami akan menyanyakan kepada mereka tentang
apa yang mereka faham berkenaan buku cerita tersebut. dari sinilah kami akan
dapat mengetahui sama ada murid tersebut dapat memahami sesebuah teks atau
tidak.
Membaca lantang
-
Teknik pembacaan ini pula kami aplikasikan pada
aktiviti kelima iaitu dalam aktiviti permainan tapi kami selitkan dengan
pembelajaran. Aktiviti yang dimaksudkan ialah permainan bola beracun. Apabila
bola tersebut sampai pada giliran seseorang murid apabila lagu dihentikan,
murid tersebut akan diberikan sebuah perkataan dan mereka diminta untuk
mengejanya secara lantang.
Membaca dengan panduan guru &
berkongsi membaca
-
Kedua-dua teknik ini kami gabungkan dalam satu
aktiviti yang sama di mana kumpulan kami telah menyediakan sebuah lagu dan
mengkehendaki murid-murid untuk bersama-sama menyanyi.
Komunikasi kaedah-kaedah membaca
-
Teknik pembacaan ini pula kami aplikasikan dalam
aktiviti dimana murid-murid tersebut akan diberi bermacam-macam jenis binatang
dan mereka diminta untuk meneka apakah binatang yang berbunyi seperti yang
telah dinyatakan. Setelah itu, kami akan menyuruh murid tersebut untuk mengeja
perkataan yang telah mereka sebutkan tadi.
No comments:
Post a Comment