salji


widgeo.net

Monday, 11 May 2015

KERTAS KERJA




 KERTAS KERJA
KEM MEMBACA DI SK BANDAR BEHRANG 2020

 TARIKH
25 April 2015

TEMPAT
SK BANDAR BEHRANG 2020, JALAN WAWASAN MESRA, 35900 TANJUNG MALIM, PERAK.

ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2014/2015

DENGAN KERJASAMA
Sekolah Kebangsaan  Bandar Behrang 2020
Akademi Pendidikan / Makmal Sekolah
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
  1. Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Akademi Sekolah.

2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.

3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai  suasana sebenar di sekolah.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak pengurusan sekolah.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.



4.0 HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru.
  2. Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
  3. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.

5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan pihak fakulti seterusnya dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.

7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Program Kem Membaca
Tarikh            : 25 April 2015
Hari                : Sabtu
Tempat           : Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, Jalan Wawasan Mesra, 35900 Tanjung Malim, Perak.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 16 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2014/2015 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 1 orang pensyarah pengiring.

9.0 TENTATIF PROGRAM
25 April 2015 (Sabtu)
MASA
AKTIVI
7.30 pagi
Pelajar berkumpul di tempat menunggu bas yang telah ditetapkan dan bertolak ke SK Behrang.
8.00 pagi
Jangkaan sampai.
8.30 pagi
Majlis perasmian.
9.30 pagi
Program bermula sesi 1
10.30-11.00 pagi
Rehat
11.30 pagi
Program bersambung sesi 1
1.00 petang
Rehat
2.30-4.00 petang
Program bersambung sesi 2
4.30 petang
Program tamat dan majlis penutupan





10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof Madya Dr Raja Nor Safinas binti Raja Harun
Penasihat
Dr Makmur Haji Harun
Pengarah Program
Andi Abdul Jumadi Bin Baharudin

Timbalan Pengarah 1
Nurrul Fasihah bt Aziz

Timbalan Pengarah 2
Nurul Salwana bt Mohd Sarir

Setiausaha
Nik Nor Alifah Alyani Binti Nik Mat

Penolong Setiausaha
Hasmidar Binti Jufri

Bendahari
Nur Ezzati Binti Fauzi

Penolong Bendahari

Muhamad Ariss Bin Ahmad

Ahli Jawatankuasa

AJK Makanan
Muhamad Fakhruddin Bin Daut


AJK Pengangkutan dan Logistik
Hajaratul Husna Binti Abu Kasin


AJK Aktiviti
Nurliyana Binti Ahamad Dormad

AJK Publisiti
Nurul Fatihah Binti Zulkifli

AJK Cenderahati
Nurul Fatin Amalina Binti Arshad

AJK Protokol
Nazihah Binti Shaari

AJK 3K
Nor Aliah Binti Nasir



11.0 ANGGARAN KEWANGAN
BIL
PERKARA
KUANTITI/UNIT
JUMLAH (RM)
1.
PENDAPATAN

a)      Sumbangan Fakulti

30

b) Kutipan dari Pelajar

24





Jumlah besar
54



PERBELANJAAN INDUK

a)      Kertas Mahjong, Marker Pen dan lain – lain alat tulis

20

b)      Fotostat (Pemplet)

5

c)      Fotostat (Surat pengecualian kuliah)

5

d)     Tag nama

4

Jumlah besar
34





CENDERAHATI

a)      Cenderahati kepada pihak sekolah

20

Jumlah besar
20
Jumlah keseluruhan
54
*Peserta =  14 orang
* Pelajar SK Behrang = 16 orang
*Pensyarah Pengiring = 1 orang


12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh:
Nik Nor Alifah Alyani Binti Nik Mat,
Setiausaha,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Andi Abdul Jumadi Bin Baharudin,
Pengarah Program,
Program Kem Membaca,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Dr Makmur Haji Harun,
Penasihat,
Program Khidmat Masyarakat,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………




Diperakui oleh:
Ketua Jabatan Bahasa Dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan:..............................
Tarikh          :..............................
Diluluskan oleh:
Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun,
Dekan,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 TanjongMalim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………








No comments:

Post a Comment